awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sektor pelancongan mungkin terima bantuan kewangan - Mohamaddin Ketapi

Bernama
Bernama
20/02/2020
11:38 MYT
COVID-19: Sektor pelancongan mungkin terima bantuan kewangan - Mohamaddin Ketapi
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen Lincoln Universiti College 2020 di IDCC Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mungkin menyalurkan bantuan berbentuk kewangan kepada pemain industri pelancongan bagi merangsang sektor tersebut supaya tidak terlalu terjejas susulan penularan wabak COVID-19 hampir di seluruh dunia sekarang ini.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata ia susulan sektor pelancongan dilihat mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran pembatalan tempahan hotel, pakej pelancongan dan tiket penerbangan yang ketara akibat penurunan kemasukan pelancong ke negara ini.
"Kita sedang menghadapi masalah penurunan kemasukan pelancong hingga mengakibatkan sumber ekonomi juga menurun. Namun, pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak akan dimanfaatkan sebaiknya oleh kementerian ini untuk membantu sektor terlibat.
"Setakat ini, apa jenis bantuan yang boleh disalurkan (kepada pemain industri pelancongan), kita sedang teliti. Mungkin melibatkan aspek kewangan. Namun, berapa jumlah yang akan diagihkan, kita akan lihat secara terperinci," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Terdahulu, Mohamaddin dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti oleh Kolej Universiti Lincoln pada majlis konvokesyen institusi itu di Pusat Konvensyen Ideal di sini.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Anugerah tersebut disampaikan oleh Pro Canselor kolej universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Bibi Florina Abdullah.
Ditanya sama ada pakej rangsangan ekonomi kerajaan itu mampu mencapai visi Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), Mohamaddin berkata kementeriannya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana wabak COVID-19 adalah masalah global.
"Apabila berlakunya masalah global seperti ini, pelancong akan menjadi takut untuk keluar melancong ke negara lain. Jadi, ini mungkin menyebabkan kita tidak menepati sasaran jumlah kemasukan pelancong bagi kempen VM2020," katanya.
Susulan wabak COVID-19 di China, kerajaan pada 27 Jan lepas memutuskan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara itu dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan.
Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Feb ini, bukanlah Belanjawan baharu mahupun sebahagian daripada dasar-dasar Belanjawan 2020, tetapi merupakan bantuan kepada industri yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#industri pelancongan
#kementerian pelancongan
#koronavirus
#Mohamaddin Ketapi
#pakej rangsangan ekonomi
#penularan wabak COVID-19
#sektor pelancongan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan