Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Selangor catat kadar kebolehjangkitan harian tertinggi

71612582795_AnggotaBomba.jpg
71612582795_AnggotaBomba.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR:Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99, katanya.

-- BERNAMA



Must Watch Video

Advertisement