awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Siasatan terperinci perlu untuk banteras penipuan sijil vaksinasi - Hishammuddin

Bernama
Bernama
13/01/2022
12:48 MYT
COVID-19: Siasatan terperinci perlu untuk banteras penipuan sijil vaksinasi - Hishammuddin
Hishammuddin berkata penipuan membabitkan sijil vaksinasi itu merupakan perkara yang tidak boleh dimaafkan kerana ia akan memudarat serta mendedahkan orang ramai kepada pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa diminta terus menjalankan siasatan terperinci bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan sijil vaksinasi COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata penipuan membabitkan sijil vaksinasi itu merupakan perkara yang tidak boleh dimaafkan kerana ia akan memudarat serta mendedahkan orang ramai kepada pandemik COVID-19.
"Bagi saya, kita tidak akan kompromi penipuan sijil vaksinasi COVID-19... ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan saya gembira bila pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap individu tertentu.
"Namun siasatan mesti diteruskan kerana ketamakan mereka untuk mendapatkan keuntungan dan ambil kesempatan dalam musibah yang melanda dunia perlu ditangani dengan segera," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini hari ini.
Hishammuddin juga berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu itu boleh menyebabkan kes COVID-19 di negara ini meningkat.
"Mereka akan menjejaskan orang yang tidak berdosa... kita tahu sekarang ada varian yang lebih berbahaya iaitu Omicron dan kita tidak mahu kes COVID-19 kembali meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidiket penipuan
#penipuan sijil vaksinasi
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#Menteri Kanan Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan