awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tidak boleh terus tutup sekolah - KJ

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/02/2022
13:16 MYT
COVID-19: Tidak boleh terus tutup sekolah - KJ
Khairy menjelaskan lebih 90 peratus daripada remaja dan guru telah divaksinasi setakat ini. - Gambar/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Meskipun negara menyaksikan peningkatan kluster pendidikan namun kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan untuk menutup sekolah pada ketika ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, kes kluster pendidikan tidak melibatkan pesakit kategori 4 atau 5 dan sebahagian besar tiada gejala atau gejala ringan.
Justeru katanya, Kementerian Kesihatan pada ketika ini tidak bercadang untuk menutup sekolah secara keseluruhan.
"Penilaian risiko terus dibuat berdasarkan sekolah dan sekiranya ada keperluan kita akan asingkan pelajar yang positif atau minta kelas ditutup bukan satu sekolah ditutup, itu adalah langkah terakhir.
"Kesan daripada anak-anak kita tidak dibenarkan ke sekolah adalah sangat besar dan Malaysia adalah salah sebuah negara yang paling lama menutup sekolah ketika dunia mendepani COVID-19," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Khairy turut memaklumkan lebih 90 peratus daripada remaja dan guru telah divaksinasi setakat ini.
Katanya, banyak kes kluster pendidikan membabitkan asrama justeru prosedur operasi standard (SOP) akan diketatkan.
Beliau memberitahu, daripada 89 kluster baharu yang dikenal pasti, 58.4 peratus melibatkan kluster pendidikan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan