awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tindakan tepat tidak sekat pelancong luar - Pakar kesihatan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2023
01:15 MYT
COVID-19: Tindakan tepat tidak sekat pelancong luar - Pakar kesihatan
Pakar berpendapat langkah kerajaan untuk tidak menyekat kemasukan pelancong asing adalah tepat. Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin
SHAH ALAM: Pakar kesihatan menyifatkan langkah kerajaan untuk tidak menyekat kemasukan pelancong asing adalah tepat.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologi Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, ia kerana pelaksanaan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) memadai untuk mengekang jangkitan COVID-19.
“Setuju kerana kerajaan tidak mahu diskriminasi kepada mana-mana negara, dan mereka juga cuba inisiatif dengan memperketatkan kawalan sedia ada seperti pengimbas suhu terhadap pelancong asing khususnya negara berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.
“Jadi, ia kenyataan bersifat politik kerana jika tidak membenarkan rakyat China masuk, negara itu akan marah, begitu juga rakyat Malaysia, seimbang apa yang Perdana Menteri lakukan.
“Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak buat macam mana,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau turut menyarankan rakyat yang bimbang tentang kemasukan pelancong luar ke Malaysia untuk menjaga SOP.
“Orang ramai perlu amalkan semula pemakaian pelitup muka dan ambil vaksin serta dos penggalak,” ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Zainal Ariffin Omar
#Pakar Kesihatan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan