awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: TMJ arah 'Southern Volunteers' bantu kerajaan negeri percepat pemberian bantuan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
27/06/2021
13:08 MYT
COVID-19: TMJ arah 'Southern Volunteers' bantu kerajaan negeri percepat pemberian bantuan
Tunku Ismail mahu semua pihak terus bekerjasama dalam memastikan penyaluran bantuan buat rakyat terkesan akibat COVID-19 dapat diberikan dengan lancar dan segera. - Gambar/ Facebook @HRH Crown Prince of Johor
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan 'Southern Volunteers' untuk bersama dengan kerajaan negeri menggerakkan penyaluran bantuan bagi rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Beliau berkata, penyaluran bantuan itu harus diberikan dengan segera kerana ramai rakyat di negeri itu yang tertekan akibat kehilangan pekerjaan.
"Ia benar-benar telah menduga rakyat Johor secara keseluruhan.
"Saya berharap tiada rakyat yang terpaksa berlapar kerana ketiadaan makanan di rumah sepanjang tempoh yang mencabar ini," katanya dalam satu perkongsian di Facebook hari ini..
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor
Ketika ini, jelas beliau, semua pihak harus bersama menggembeleng tenaga dan kudrat untuk membantu golongan yang sangat memerlukan.
"Saya percaya dengan muafakat kepimpinan negeri, pegawai daerah, datuk bandar, Yang Dipertua, penghulu, ketua kampung dan belia Johor, kita mampu membantu rakyat secara lebih efektif dan berkesan," menurutnya.
Tunku Ismail dalam masa sama memuji langkah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam menyediakan peruntukan buat rakyat yang terkesan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan 3.0 bernilai RM241 juta merangkumi 33 inisiatif.
BACA: PPV mega akan diperbanyakkan di serata negeri - MB Johor
Topic Berkaitan
#TMJ
#Southern Volunteers
#Bantuan COVID-19
#pandemik
#Tunku Mahkota Johor TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan