MALAYSIA
COVID-19: Tujuh kematian baharu direkod, 2 BID

Kementerian Kesihatan melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 31,992 orang, daripada 2.88 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua daripada tujuh kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 59,685 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 52,207 individu atau 87.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,212 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,154 kes dirawat di hospital dan 112 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 58 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 54 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami