Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Tujuh kes baharu, tiga merupakan kes tempatan di Kedah

51597744105_NOORHISHAMABDULLAH.jpg
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan tujuh kes baharu COVID-19 melibatkan empat kes import dan tiga penularan tempatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 9,219 kes.

Dalam masa sama beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 192 kes.

Empat kes import yang dilaporkan adalah seperti berikut:

i.  Bangladesh (tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
ii. United Kingdom (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Sementara tiga kes penularan di dalam negara pula melibatkan warganegara Malaysia di Kedah iaitu:

• Dua kes daripada Kluster Sala; dan
• Satu kes daripada Kluster Tawar.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 26 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 8,902 kes (96.6 peratus).

Sehingga kini, terdapat lapan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan justeru jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Advertisement

Must Watch Video