awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tujuh kluster baharu termasuk tiga dari komuniti dikesan

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2021
11:04 MYT
COVID-19: Tujuh kluster baharu termasuk tiga dari komuniti dikesan
Sebanyak tujuh kluster baharu direkodkan hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kluster baharu direkodkan hari ini membabitkan negeri Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Berikut adalah perincian kluster-kluster terbabit.
Sungai Kluang Satu
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Kes positif: 79
Jalan Ismail Sultan
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasaraya yang terletak di Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah, Johor Bahru.
Kes positif: 36
Batu Lima Jalan Sibuga
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan.
Kes positif: 8
Taman Bukit Pantai
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Petaling di Selangor. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah pusat pendidikan yang terletak di Taman Bukit Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes positif: 20
Sungai Gemuan
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti di Sungai Gemuan, Meradong.
Kes positif: 39
Disso
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Saratok di Sarawak. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Disso, Saratok.
Kes positif: 24
Sim-Sim
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan.
Kes positif: 15
Topic Berkaitan
#kluster
#kes positif
#COVID-19
#Johor Bahru
#Sandakan
#Kluang
#Seberang Perai
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan