awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian Afrika Selatan mula dikesan di Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2021
01:11 MYT
COVID-19: Varian Afrika Selatan mula dikesan di Kelantan
Sebanyak 10 kes Varian Afrika Selatan B.1.351 direkodkan dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat.
KOTA BHARU: Varian Afrika Selatan B.1.351 dikesan mulai 'bertapak' di negeri ini pada Ahad apabila sebanyak 10 kes direkodkan.
Varian tersebut dikesan dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat dan mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima, Selangor.
Perkhabaran 'mengejutkan' itu dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi entri laman sosial rasmi agensi berkenaan.
Menerusi entri itu, JKNK Kelantan turut mendedahkan varian itu turut dikesan di negeri Perak.
"Selain itu terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 ialah sebanyak 48 kes," katanya.
Sumber Facebook HealthofKelantan
Varian Afrika Selatan B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember lalu di dua negara iaitu Afrika Selatan dan United Kingdom.
Sementara di Malaysia ia mula dikenal pasti pada Mac lalu.
Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan Korea Selatan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian Afrika Selatan
#Kelantan
#Kluster Bunut Sarang Burung
#Tumpat
#JKNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan