KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan termasuk pengusaha tempat peranginan, diminta untuk lebih berwaspada dalam menguruskan pergerakan pelancong khususnya ke pulau-pulau, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata orang ramai yang ingin melancong juga diminta untuk lebih peka dengan perubahan keadaan cuaca berdasarkan ramalan cuaca yang dimaklumkan pihak berkuasa.
"Saya harap pihak agensi pelancongan lebih berhati-hati sebelum membawa pelanggan kerana ada yang membawa anak kecil. Macam kejadian di Pulau Perhentian, saya risau malam tadi, syukur pagi ini mereka semua telah selamat dibawa keluar dari pulau kerana cuaca beransur baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Kalendar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Tahun 2022 dan Kemuncak Festival World Arts Education and Culture Events (WAVE) 2021 di sini semalam, bagi mengulas kejadian 385 pelancong terkandas di Pulau Perhentian, Terengganu sejak Jumaat lepas berikutan keadaan laut bergelora dan angin kencang.
BACA: Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak tiga hari ekoran cuaca buruk
BACA: Pelancong terkandas di Pulau Perhentian diselamatkan hari ini
BACA: Terkandas di Pulau Perhentian: Bekalan makanan makin kurang, tiada bot dibenarkan keluar - Pelancong
Terdahulu, Nancy dalam ucapannya berkata, pemerkasaan jaringan kerjasama strategik dalam sektor pelancongan dan kebudayaan memainkan peranan penting dalam melonjakkan imej serta visibiliti negara di persada antarabangsa.
"Penganjuran WAVE 2021 yang merupakan satu lagi kejayaan MOTAC menerusi ASWARA, menjadi pendorong untuk kita menggandakan komitmen ke arah tahun 2022 yang lebih progresif.
"Acara antarabangsa secara dalam talian ini telah mengukir nama Malaysia ke peringkat antarabangsa, antara kejayaan program dan aktiviti di bawah program WAVE ialah program 'Main Zapin ASWARA 2021' (ASEAN) yang melibatkan penyertaan negara seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan Malaysia, yang menjadi tuan rumah," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 162 program telah dirancang dan disusun secara fizikal mahupun secara dalam talian tahun ini.
Pada majlis sama, Nancy turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) ASWARA dan Institut Pengajlan Dakwah Sabah serta memorandum perjanjian (MoA) ASWARA dan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Baru-baru ini, 385 pelancong terkandas tiga hari di Pulau Perhentian, Terengganu (gambar) berikutan keadaan laut bergelora dan angin kencang. - Gambar fail/BERNAMA
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
[DATA & STATISTIK] Penduduk Malaysia cecah 34 juta, 90% warganegara
Ini merupakan peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Ia disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi Warganegara dan juga pertambahan penduduk Bukan Warganegara. Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara.
Era baharu hubungan Malaysia-Singapura
Bukan rahsia, kepimpinan Lee Kuan Yew tidak sebulu dengan Tun Dr Mahathir. Kini legasi kedua pemimpin sudah berakhir dan bertukar kepada kepimpinan baharu. Apakah jangkaan dalam lembaran baharu ini kepada hubungan dinamik dua hala?
EPL: Dua gol Haaland letak Manchester City di ambang kejuaraan
Haaland, yang membuka jaringan pada minit ke-51 dengan tolakan mudahnya, menyempurnakan sepakan penalti dalam waktu kecederaan.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy
Ia sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.