awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca diramal baik pada penamaan calon Kuala Besut

Bernama
Bernama
11/07/2013
08:00 MYT
Cuaca diramal baik pada penamaan calon Kuala Besut
Cuaca dijangka cerah dan baik pada sebelah pagi pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut esok.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia Che Gayah Ismail berkata ribut petir diramalkan melanda kawasan Kuala Besut pada sebelah petang dan malam.
"Aktiviti ribut petir pada sebelah petang kita mungkin boleh nampak bermula dari sekitar 1 tengah hari," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRK DUN Kuala Besut yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja di sini, manakala 24 Julai sebagai hari pengundian.
Barisan Nasional (BN) mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai calon menggalas cabaran mengekalkan penguasaan BN manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, seorang kontraktor sebagai calon parti itu.
Topic Berkaitan
#BN
#cuaca
#Kuala Besut
#PAS
#pilihanraya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan