awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Gangguan bekalan air sementara di Hulu Langat - SYABAS

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2016
08:37 MYT
Cuaca panas: Gangguan bekalan air sementara di Hulu Langat - SYABAS
Permintaan dan kegunaan air tinggi semasa cuaca panas telah mengakibatkan air simpanan di kolam takungan air Cheras dan Bangi mencatat penurunan. - Gambar fail
Beberapa kawasan di Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air sejak Khamis walaupun loji rawatan air di kawasan tersebut beroperasi sepenuhnya.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan air sementara itu berlaku kerana permintaan dan kegunaan air yang tinggi susulan cuaca panas yang berterusan akibat kesan fenomena El Nino.
Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, Bekalan air kepada pengguna akan pulih secara berperingkat apabila paras kolam takungan air mencapai tahap stabil.
Kawasan-kawasan yang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air di Hulu Langat adalah Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Sungai Besi Indah, Taman Harmoni Indah, Taman Puncak Utama, Taman Putra Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Sri Timah, Taman Taming Jaya, Kawasan Industri Balakong, Kawasan Industri Selesa Jaya, Industri Balakong, Taman Taming Permai, Kawasan Industri Lifong, Juta Mines Kondominium, Jade Hill, Kampung Baru Balakong, Bangi Golf Resort, Kajang Utama, UKM, Alam Sari, Taman Tropika, Taman Universiti, GMI, Taman Tropika 2 dan Taman Vista Emas.
Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air kecemasan telah dihantar melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara.
Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan air dengan berhemah sepanjang musim cuaca panas ini.
SYABAS akan terus memantau situasi ini dan pengguna akan dimaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa, aplikasi “mySYABAS” dan laman web www.syabas.com.my.
Pengguna boleh juga berhubung SYABAS melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air.
Topic Berkaitan
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan