awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Kerajaan kaji langkah lindungi sektor komoditi

Bernama
Bernama
06/03/2021
05:09 MYT
Cuaca panas: Kerajaan kaji langkah lindungi sektor komoditi
Pemain sektor komoditi negara perlu dibantu dalam mendepani musim panas yang mungkin menjejaskan pengeluaran hasil komoditi. - Gambar fail
PONTIAN: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencari langkah terbaik untuk memastikan pendapatan para pemain industri seperti pekebun kecil getah dan kelapa sawit tidak terlalu terjejas ketika menghadapi musim panas ketika ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata pendekatan seumpama itu perlu dilakukan kerana industri komoditi merupakan sumber pendapatan besar kepada negara.
"Lebih-lebih lagi getah dan sawit kerana ia banyak melibatkan pekebun-pekebun kecil.
"Jadi, kami (kementerian) amat prihatin menitikberatkan langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka menghadapi musim cuaca seperti ini," katanya kepada pemberita selepas selesai menerima suntikan vaksinasi COVID-19 di Klinik Kesihatan Pontian, di sin,i hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung langkah yang akan diambil kerajaan untuk membantu pemain sektor komoditi negara dalam mendepani musim panas yang mungkin menjejaskan pengeluaran hasil komoditi.
Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata bagi sektor getah, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah dengan memberi subsidi agar harga komoditi tersebut tidak kurang daripada harga lantai iaitu RM2.50 sekilogram.
"Getah ini ada harga lantai iaitu RM2.50. Jika harga pasaran kurang daripada itu, kerajaan akan beri subsidi supaya pendapatan mereka dapat distabilkan," katanya.
Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan bahawa cuaca panas dalam negara akan berlarutan sehingga pertengahan April depan.
Ia susulan taburan hujan akan berkurangan ketika ini dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dijangkakan mengalami keadaan lebih kering dan tempoh tanpa hujan lebih lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#perusahaan
#perladangan
#komoditi
#pekebun kecil
#Getah
#kelapa sawit
#musim panas
#Wee Jeck Seng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan