awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas melampau: Kontinjen pengakap Malaysia di Seoul selamat

Bernama
Bernama
07/08/2023
04:23 MYT
Cuaca panas melampau: Kontinjen pengakap Malaysia di Seoul selamat
Menurut laporan antarabangsa, beratus-ratus pengakap yang menyertai acara itu telah jatuh sakit, ekoran cuaca panas mencecah 35 darjah Celcius (95F). - Gambar/ Reuters
PUTRAJAYA: Kesemua 499 ahli kontinjen Malaysia terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan yang menyertai "25th World Scout Jamboree" bermula 1 hingga 12 Ogos di Seoul, Korea Selatan dilaporkan berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini.
"Menurut laporan awal, empat orang daripada kontinjen Malaysia telah mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, demam serta ruam. Kesemua mereka dilaporkan telah mendapat rawatan yang sewajarnya," menurut kenyataan itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus berhubung rapat dengan wakil kontinjen Malaysia dan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan semasa.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul di alamat berikut; Kedutaan Besar Malaysia di Seoul - 129, Dokseodang-ro (Hannam-dong) Yongsan-gu, Seoul 04419 atau talian telefon (+822 2077-8600) dan alamat email ([email protected]).
Menurut laporan antarabangsa pada Ahad, beratus-ratus pengakap yang menyertai acara itu telah jatuh sakit, ekoran cuaca panas mencecah 35 darjah Celcius (95F).
Persatuan Pengakap mengesahkan kontigen Britain seramai 4,500 orang sedang dipindahkan dari tapak perkhemahan di Saemangeum ke Seoul.
Pasukan Amerika Syarikat dan Singapura juga bertindak mengosongkan tapak berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#pengakap malaysia
#25th World Scout Jamboree
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan