awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah

Bernama
Bernama
23/02/2024
14:09 MYT
Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah
Menurut JBPM kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Cuaca panas melampau dan kemarau, selain pembakaran hutan secara sengaja untuk pembersihan kebun serta membuka kawasan baharu antara punca utama peningkatan kebakaran hutan, kebun, ladang, belukar dan lalang di Sabah bulan ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini memberitahu sebanyak 277 kes kebakaran jenis itu dicatatkan bulan ini hingga semalam, angka yang amat tinggi berbanding 76 kes jenis kebakaran sama pada sepanjang bulan lepas.
"Kebakaran belukar dan lalang merupakan tertinggi bulan ini dengan 189 kes, diikuti kebakaran hutan 75 kes, dan kebakaran kebun dan ladang sebanyak 13 kes. Kesemua kes kebakaran ini mencatat peningkatan berbanding kebakaran sama bulan lepas.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebabkan atau memulakan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka pada bila-bila masa terutama ketika cuaca panas melampau dan kemarau," menurut kenyataan itu.
Menurut JBPM kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan, dan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Orang ramai boleh melaporkan kes pembakaran terbuka kepada JBPM di talian 999 atau Jabatan Alam Sekitar di talian 1-800-88-2727.
-- BERNAMA
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#JBPM
#cuaca panas
#kebakaran hutan
#kompaun maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan