awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan - Fadhlina

Bernama
Bernama
20/05/2023
07:29 MYT
Cuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan - Fadhlina
Fadhlina berkata kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. -Gambar fail
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
"KPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman dari KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar
"Langkah ini juga supaya kejadian tidak diingini boleh dihalang dan dicegah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan Kelantan dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi Afizulazha Abdullah.
Pada majlis tersebut, Fadhlina turut melancarkan Pakej Guru EL30 dan M40 yang merupakan kerjasama strategik Yayasan Didik Negara (YDN) dan CelcomDigi.
Pada 3 Mei lalu, KPM memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Fadhlina Sidek
#baju sukan
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan