awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Seragam, tali leher kurang sesuai, pelajar wajar dibenar pakai pakaian sukan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/04/2023
06:44 MYT
Cuaca panas: Seragam, tali leher kurang sesuai, pelajar wajar dibenar pakai pakaian sukan
Anuar mencadangkan agar pelajar diberi kelonggaran untuk memakai baju-T sukan yang bersesuaian ketika mengikut sesi pembelajaran. - Foto fail/UKM
KUALA LUMPUR: Tidak perlu tangguh pembukaan sekolah atau lanjutkan cuti susulan keadaan cuaca panas di negara ini, kata Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad.
Beliau sebaliknya mencadangkan agar pelajar diberi kelonggaran untuk memakai baju-T sukan yang bersesuaian ketika mengikut sesi pembelajaran.
Menurutnya, penangguhan atau lanjutan cuti hanya akan merencatkan proses pembelajaran yang akhirnya mengakibatkan sukatan pelajaran tidak sempat dihabiskan.
"Dicadangkan pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian yang lebih selesa seperti baju-T sepenuhnya bagi meningkatkan keselesaan mereka untuk menyerap peluh, sehingga keadaan kembali pulih," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Menurut Anuar, pemakaian tali leher dan pakaian seragam sekolah bukan sahaja merimaskan bahkan tidak sesuai pada ketika ini.
Katanya, banyak usaha yang boleh dilakukan pihak sekolah selain menangguhkan persekolahan atau melanjutkan cuti.
"Kebanyakan guru juga bimbang sekiranya cuti dilanjutkan atau sekolah ditangguh banyak perancangan pembelajaran terganggu," katanya.
Selain itu, Anuar turut mencadangkan agar semua aktiviti kokurikulum dibatalkan buat sementara bagi mengelakkan pelajar terdedah kepada pancaran cahaya matahari terik untuk jangka masa yang panjang.
Sebelum ini, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hasan dilapor meminta cuti sekolah di negeri utara dan Pantai Timur, perlu dilanjutkan ekoran cuaca panas, sehingga keadaan kembali normal.
Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) mungkin boleh melanjutkan cuti persekolahan di negeri atau kawasan yang dikenal pasti mempunyai suhu panas kritikal.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#kelonggaran pemakaian
#cuaca panas
#sekolah ditangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan