awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba elak haiwan, ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terbabas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/08/2021
16:43 MYT
Cuba elak haiwan, ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terbabas
Sebuah ambulans milik Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, terbabas ke dalam longkang selepas dikatakan cuba mengelak seekor binatang, di Jalan Tambun. - Foto ihsan pembaca
IPOH: Sebuah ambulans milik Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, terbabas ke dalam longkang selepas dikatakan cuba mengelak seekor binatang, di Jalan Tambun, berhampiran Taman Tambun, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, pemandu berusia 55 tahun tidak mengalami kecederaan manakala seorang pembantu perubatan berusia 40 tahun mengalami sakit pinggang.
Menurutnya, kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima maklumat dari orang awam mengenai kemalangan itu kira-kira jam 8 malam.
Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati ambulan berkenaan dalam tugas dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hendak ke Kampung Melayu, Batu 8 mengambil pesakit untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput.
“Apabila sampai di lokasi, ambulan mengelak seekor binatang yang sedang melintas jalan dari kiri ke kanan menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga naik di pembahagi di tengah jalan masuk ke laluan bertentangan dan terus terbabas sejauh 60 meter lalu jatuh masuk ke longkang tepi jalan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, kata beliau, tiada kenderaan lain terlibat dan tidak menyebabkan kerosakan harta awam di tepi jalan tersebut.
Topic Berkaitan
#Ambulans
#Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan
#terbabas
#elak binatang
#Jalan Tambun
#Polis Daerah Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan