awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba keluar negara tanpa pasport, 26 penunggang motosikal ditahan di BSI - AKPS

Bernama
Bernama
14/11/2025
04:15 MYT
Cuba keluar negara tanpa pasport, 26 penunggang motosikal ditahan di BSI - AKPS
AKPS menasihatkan pengguna laluan motosikal di BSI agar sentiasa mematuhi arahan untuk melapor kepada pegawai bertugas. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sebanyak 26 penunggang motosikal rakyat tempatan yang cuba keluar dari negara ini tanpa mengemukakan pasport, di laluan motosikal Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada 16 Okt lepas.

Ringkasan AI
  • 26 penunggang motosikal rakyat tempatan ditahan di laluan motosikal Bangunan Sultan Iskandar kerana cuba keluar negara tanpa pasport pada 16 Okt lalu.
  • 13 individu telah didakwa di Mahkamah PATI Pekan Nenas, Pontian dan dikenakan denda RM1,500 masing-masing, manakala tiga individu pembonceng dibebaskan dengan amaran bertulis.
  • AKPS menegur pengguna laluan motosikal BSI agar patuhi arahan melapor kepada pegawai imigresen ketika keluar atau masuk negara, dan memperingatkan risiko tindakan undang-undang serta kehilangan pekerjaan jika gagal mematuhi prosedur.

Menurut AKPS, kesemua mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960 kerana meninggalkan Malaysia tanpa mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen yang bertugas.
Daripada jumlah itu, 13 individu telah didakwa di Mahkamah PATI Pekan Nenas, Pontian semalam dan masing-masing dikenakan denda RM1,500.
"Sementara itu, tiga lagi yang ditahan ialah pembonceng dan telah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwaraya untuk dibebaskan dengan amaran bertulis," menurut kenyataan AKPS hari ini.
Pada 6 Nov lepas, sebanyak 10 lagi individu disabitkan bersalah dan didenda RM1,000 setiap seorang .
Susulan insiden itu, AKPS menasihatkan pengguna laluan motosikal di BSI agar sentiasa mematuhi arahan untuk melapor kepada pegawai bertugas, sama ada secara manual atau melalui aplikasi yang disediakan, ketika masuk atau keluar negara.
"Mereka yang gagal berbuat demikian berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta berkemungkinan kehilangan pekerjaan kerana pasport akan ditahan oleh pihak imigresen sepanjang siasatan dijalankan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#keluar negara tanpa pasport
#BSI
#Tambak Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan