Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menggagalkan cubaan sebuah gerakan World Mission Society Church of God, dipercayai ajaran sesat yang menyasarkan pelajar bukan beragama Islam.
Mereka dipujuk melakukan upacara memakan daging dan minum darah sebagai syarat untuk menganut ajaran "Mother of God" sekali gus dijamin memasuki syurga.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, wakil gerakan masuk kampus UniSZA dengan mempengaruhi pelajar bukan beragama Islam berjumlah 568 orang.
Siasatan mendapati dua wakil Church of God yang berusia awal 20-an menemui beberapa pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera kampus UniSZA pada 13 Nov lalu, katanya.
Katanya, mereka memperdaya pelajar yang bukan beragama Islam kononnya mahu menemubual bagi projek kajian tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi swasta tempatan.
"Oleh kerana kita berada di sebuah universiti, kita ingin memastikan bahawa sebarang usaha daripada setiap anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini haruslah kita hentikan.
"Kita cuba pastikan ianya tidak berlarutan sehingga menyebarkan silap faham dan juga kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat yang lain," kata Ahmad Zubaidi.
Menurutnya, para pelajar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan Jabatan Perpustakaan universiti itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak pada 23 Nov lalu.
Ahmad Zubaidi berkata, susulan kejadian itu, pengurusan UniSZA mengambil langkah mengetatkan kawalan pintu masuk ke universiti terutamanya membabitkan individu mencurigakan.
Astro Awani
Sun Dec 03 2017

Siasatan UniSZA mendapati dua wakil Church of God yang berusia awal 20-an menemui beberapa pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera kampus pada 13 Nov lalu. - Flickr/Mahani Mohamad

Pegawai, anggota polis ditahan sertai parti liar
Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Tiada fahaman 'Islam Melayu' atau 'Ibu Yati' dikesan di negeri Kedah - Mufti
Umat Islam di negeri itu harus berpegang teguh kepada ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpengaruh dengan fahaman seumpama itu.

Kes Ibu Yati: Yadim terbuka beri kefahaman berhubung Islam kepada masyarakat
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sentiasa terbuka untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada seluruh masyarakat negara ini.

Ibu Yati selesai beri penjelasan kepada JAIS, sedia dipanggil semula
Wan Noorhayati Wan Alias, bersama seorang rakannya yang turut dipanggil JAIS, tiba di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan jabatan itu pada jam 10.21 pagi.

JAIS panggil Ibu Yati beri keterangan isu dakwaan ajaran sesat
Wan Noorhayati Wan Alias, berkata dia bersama dua kenalannya menerima surat daripada Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan JAIS.

Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
Untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.

Siasatan ke atas ajaran 'agama Melayu' kini di peringkat akhir - Ahmad Marzuk
Siasatan itu akan panjangkan kepada Muzakarah Hal Ehwal Islam sama ada kandungan ajaran itu benar atau bercanggah.

JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar
JAIM sentiasa membuat pemantauan di pulau berkenaan bagi mengelakkan berlaku perkara khurafat dan sebagainya.

Mayat bayi dilumur garam: Kecederaan di kepala mungkin akibat hentakan
Ia berdasarkan hasil bedah siasat mangsa yang selesai dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada 4 pagi tadi.

Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin
Johor belum ada laporan tentang Rasul Melayu tu, tapi bahagian penguatkuasaan sudah diminta supaya memantau perkara tersebut.

Penyebaran ajaran sesat dalam negara masih terkawal - Zulkifli
Penyebaran fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam di Malaysia masih terkawal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.