awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan bawa keluar ikan hiasan ke Thailand digagalkan

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2020
23:59 MYT
Cubaan bawa keluar ikan hiasan ke Thailand digagalkan
Kesemua ikan hiasan itu dirampas kerana tidak mempunyai permit eksport yang dikeluarkan daripada Jabatan MAQIS. - Astro AWANI
Cubaan membawa keluar ikan hiasan bernilai RM51,400 ke Thailand berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di sini malam tadi.
Tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux tersebut berjaya dikesan penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika cuba melintasi laluan kereta di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.
Mencurigai sesuatu, pemandu lelaki itu diarah turun dan sebaik membuat pemeriksaan, pihak berkuasa menemui bungkusan plastik yang berisi 59 ekor ikan kelisa dan tujuh ekor ikan koi.
Antara ikan yang dirampas. - Astro AWANI
Antara ikan yang dirampas. - Astro AWANI
Pengarah MAQIS Negeri Kedah Lily Roslind A/P Paul Pakianathan berkata, ikan-ikan tersebut ditemui di bahagian belakang kenderaan tersebut.
Kesemua ikan hiasan itu dirampas kerana tidak mempunyai permit eksport yang dikeluarkan daripada Jabatan MAQIS.
Katanya, perbuatan mengeksport ikan tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Kesemua ikan hiasan ditemui di bahagian belakang kenderaan. - Astro AWANI
Kesemua ikan hiasan ditemui di bahagian belakang kenderaan. - Astro AWANI
Jika sabit kesalahan, pengeksport boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3), akta sama.
Lily berkata, tindakan penguatkuasa undang-undang akan terus diperkasakan lagi disemua pintu masuk negara.
Topic Berkaitan
#Bukit Kayu Hitam
#ikan hiasan
#kastam
#Malaysia
#maqis
#penjara
#permit eksport
#Thailand
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan