awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan

Bernama
Bernama
08/02/2025
06:15 MYT
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.
"Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.
"Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi dalam pesawat
#pulau pinang
#polis
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan