awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/06/2024
02:10 MYT
Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur
Video yang sempat dirakam pengadu dalam kejadian cubaan ragut oleh seorang lelaki yang menaik motosikal terhadap seorang wanita.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki terlibat dalam cubaan meragut di sebuah kondominium di Dengkil.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10.45 pagi, pada Jumaat.
"Laporan diterima daripada pengadu yang telah merakam kejadian cubaan ragut oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal terhadap seorang wanita, berdekatan kondominium tersebut.
"Hasil risikan dijalankan telah mengenal pasti dan berjaya menangkap suspek di Lorong Bahagia, Kampung Jenderam Hilir," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Wan Kamarul berkata, suspek berusia 33 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Tambahnya, polis turut merampas motosikal yang digunakan suspek.
"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ragut
#penganggur
#kondominium
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan