awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti isu 36 jemaah terkandas di Arab Saudi - Zulkifli
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan rompak gagal selepas penggera keselamatan berbunyi

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2015
12:53 MYT
Cubaan rompak gagal selepas penggera keselamatan berbunyi
Lapan lelaki dipercayai perompak berputih mata apabila cubaan merompak mereka gagal selepas alat penggera keselamatan berbunyi. - Astro AWANI
Lapan lelaki dipercayai perompak berputih mata apabila cubaan merompak mereka di sebuah kedai emas di Cheras gagal selepas alat penggera keselamatan berbunyi.
Kejadian pada jam 11.46 pagi ini turut mengejutkan pengunjung Pasaraya Econsave itu.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati empat daripada lapan suspek masuk ke premis dan memecahkan cermin kaca menyimpan barang kemas.
Bagaimanapun sebaik penggera keselamatan di kedai emas ini berbunyi, suspek terus melarikan diri.
Manakala empat lagi rakan mereka yang menunggu di luar pasaraya turut melarikan diri menggunakan empat buah motosikal.
Difahamkan seorang daripada suspek dipercayai membawa pistol dan berpakaian gelap.
Polis sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenalpasti identiti suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu penjenayah terbabit dijalankan.
Topic Berkaitan
#Chong Kok Sin
#kedai emas
#Pasaraya Econsave
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan