awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan seludup daging babi sejuk beku di KLIA gagal

Bernama
Bernama
23/02/2023
04:42 MYT
Cubaan seludup daging babi sejuk beku di KLIA gagal
Maqis Selangor berkata, taktik itu digunakan oleh ejen penghantaran yang mengisytiharkan hasilan haiwan itu sebagai pakaian.
PUTRAJAYA: Cubaan menyeludup daging babi sejuk beku menggunakan taktik menyembunyikan hasilan haiwan itu dalam 100 kotak gabus digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada Selasa lepas.
Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim menerusi satu kenyataan hari ini berkata taktik itu digunakan oleh ejen penghantaran yang mengisytiharkan hasilan haiwan itu sebagai pakaian.
Sebanyak 3,475 kilogram hasilan haiwan yang dianggarkan bernilai RM28,000 dari Vietnam itu ditahan setelah syarikat tempatan yang cuba membawa masuk gagal mengemukakan dokumen permit import yang sah dan sijil kesihatan dari negara asal, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Sampel produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persampelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF), katanya.
"Tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan adalah bagi menghalang risiko penularan wabak penyakit ASF di Malaysia dan ia akan menjejaskan industri penternakan babi negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup daging babi
#KLIA
#MAQIS Selangor
#Daging sejuk beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan