awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu penyanyi terkenal era 70-an didakwa amang seksual sepupu sendiri

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
08:22 MYT
Cucu penyanyi terkenal era 70-an didakwa amang seksual sepupu sendiri
Remaja lelaki itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang cucu penyanyi wanita terkenal era 70-an yang berusia 17 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya, tiga bulan lalu.
Remaja lelaki itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad.
Mengikut pertuduhan, cucu selebriti berpangkat Datuk ini, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berumur 17 tahun satu bulan bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Seksyen 5 di sini, pada jam 3 pagi, 15 Oktober lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding yang dijalankan secara tertutup, kerana melibatkan pesalah kanak-kanak bawah umur, majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari tahun depan untuk sebutan kes.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala remaja itu diwakili peguam, Datuk Suraj Singh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cucu penyanyi
#kes cabul
#cabul sepupu
#penyanyi era 70-an
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan