awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS: Perbaharui ikrar sumpah setia penjawat awam elak kegiatan militan

Bernama
Bernama
05/07/2014
06:28 MYT
CUEPACS: Perbaharui ikrar sumpah setia penjawat awam elak kegiatan militan
AZIH: Penglibatan penjawat awam dalam kegiatan militan merupakan satu pengkhiatan terhadap amanah negara. -gambar fail
Kerajaan perlu memperbaharui ikrar sumpah setia penjawat awam dalam perkhidmatan bagi membendung penglibatan mereka dalam kegiatan militan atau aktiviti negatif yang lain.
Presiden CUEPACS Azih Muda berkata, ikrar Aku Janji yang dilafazkan penjawat awam ketika mula bertugas di jabatan awam harus sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa sebagai peringatan kepada mereka supaya sentiasa taat setia terhadap kerajaan dan negara.
"Pembaharuan ikrar ini bertujuan untuk memberi kesedaran agar para penjawat awam tahu tanggungjawab mereka terhadap kerajaan, dan hal ini juga mampu untuk memberi persepsi yang positif terhadap pembangunan negara," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Sabtu.
Azih turut melahirkan rasa kecewa berhubung pembabitan penjawat awam dalam kegiatan militan, dan menganggap ia satu pengkhianatan terhadap amanah negara dengan menjalankan aktiviti yang tidak sepatutnya.
CUEPACS akan bekerjasama dengan berbagai kementerian bagi mencari jalan terbaik menangani masalah ini daripada terus berlaku, katanya mengulas penglibatan dua penjawat awam yang merupakan antara lima warga Malaysia yang diburu polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.
Azih turut menggesa kerajaan mengadakan program menyemai kecintaan dan kesetiaan terhadap negara di pelbagai peringkat termasuk di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun di tempat kerja.
Beliau berkata, jati diri rakyat Malaysia mudah goyah apabila timbul perbalahan ataupun perbezaan pendapat dalam parti politik, tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana ia akan menggugat dan memecahbelahkan perpaduan negara.
"Semangat cintakan negara seharusnya sentiasa dipupuk dan diberi penekanan dalam diri masing-masing dan ia harus dididik tanpa mengira perbezaan ataupun percanggahan parti politik," katanya.
Topic Berkaitan
#cuepacs
#militan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan