Seramai 11,382 penjawat awam dan ahli keluarga mereka yang menyertai Program Takaful CuepacsCare anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerima manfaat rawatan di hospital pakar swasta sepanjang tahun 2018.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, kesemua peserta CuepacsCare itu telah mendapatkan rawatan perubatan di hospital pakar dengan tuntutan berjumlah RM42 juta yang ditanggung sepenuhnya di bawah program takaful tersebut sekali gus mengurangkan beban penjawat awam.
Jelasnya, antara penyakit yang paling banyak dirujuk peserta CuepacsCare ketika mendapatkan rawatan penghospitalan sepanjang tahun lalu ialah pneumonia, cirit-birit, influenza, demam denggi, akut pernafasan dan penyakit berkaitan buah pinggang.
"CUEPACS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Medicare Assistance Sdn Bhd yang berjaya mengendalikan CuepacsCare dengan cemerlang.
"Secara purata jumlah tuntutan yang dibayar sebulan untuk penjawat awam yang menyertai ialah sekitar RM3.5 juta.
"Dengan bayaran bulanan serendah RM35 bagi pelan individu dan RM85 pelan keluarga CuepacsCare, penjawat awam di negara ini mampu memiliki kad kesihatan bagi mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Menurut Azih, selain Takaful CuepacsCare, CUEPACS dan Medicare turut memperkenalkan Program Takaful Kemalangan Diri CuepacsPA pada 2006 bagi memberi perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat penjawat awam.
"Program Perlindungan Kemalangan Diri CuepacsPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa pada kadar caruman serendah RM6 sebulan dengan nilai pampasan sehingga RM440,000.
"Lebih istimewa CuepacsPA memberikan perlindungan kepada penjawat awam dan ahli keluarga 24 jam di seluruh dunia sama ada dalam tempoh bekerja atau bercuti. Ia membantu apabila ditimpa kemalangan atau musibah tertentu dalam meringankan beban kewangan," katanya.
Dalam pada itu, Azih berkata, Medicare telah melaksanakan Progam Latihan Keusahawanan MyCuepacsCare bertujuan untuk meningkatkan aktiviti promosi Takaful CuepacsCare dan CuepacsPA kepada penjawat awam melalui aktiviti pemasaran oleh usahawan berkaliber MyCuepacsCare.
"Usahawan MyCuepacsCare yang terdiri daripada penjawat awam, pesara, graduan dan orang awam diberikan latihan oleh Medicare untuk mengadakan taklimat dan membuka kaunter bagi mempromosi produk CuepacsCare dan CuepacsPA di agensi atau jabatan kerajaan.
"Sehingga kini, seramai 240 usahawan MycuepacsCare telah menjalani latihan yang disediakan Medicare termasuk 70 peserta pada program ini.
"Adalah menjadi harapan CUEPACS agar setiap warga penjawat awam mendapat perlindungan takaful tambahan untuk diri dan keluarga. Saya berharap penjawat awam ambil kesempatan ini untuk memiliki CuepacsCare," ujarnya.
Astro Awani
Mon Jan 28 2019
Azih (kiri) menunjukkan kad Program Takaful CuepacsCare. Bersamanya ialah Palanisamy. -Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.
Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.
Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.
Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.
Henti lakukan tugas kewangan sekolah - Cuepacs
Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut.
Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UNISZA
Dua universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain penggabungan itu akan mengecilkan bilangan universiti di Malaysia.
Belanjawan 2020: Pertimbang elaun kesusahan bandaraya, selaraskan elaun COLA - CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya.
Belanjawan 2020: CUEPACS harap kerajaan beri bonus sebulan gaji
CUEPACS berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020.
Cuepacs cadang kerajaan perkenal Skim Persaraan Anjal
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Persaraan Anjal.