KUALA LUMPUR: Cukai barangan mewah yang dicadangkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 kini sedang diteliti dengan menekankan kepada kepentingan yang terbaik untuk rakyat.
Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Datuk Che Nazli Jaapar berkata kerajaan masih mengkaji amalan terbaik cukai itu di negara lain dan bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.
"Apakah jenis item, kategori barangan, had ambang dan bagaimana kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai, adakah akan ada perundangan baharu untuk cukai barangan mewah tertentu atau adakah kerajaan akan mempertimbangkan cukai ke atas cukai sedia ada, sebagai contoh, eksais cukai jualan?
"Libat urus lanjut dengan industri, peruncit, pengilang dan juga sektor pelancongan harus dijalankan kerana kita tidak mahu industri itu menderita apabila kita melaksanakan cukai tersebut," katanya pada seminar Belanjawan 2023 di sini hari ini.
Che Nazli berkata kerajaan komited untuk memenuhi keperluan rakyat dan memastikan orang awam tidak dibebani dengan sebarang cukai baharu.
Berikutan dengan cadangan cukai barangan mewah, pakar-pakar cukai berpendapat kerajaan perlu mentakrifkan makna "mewah" mengikut keperluan Malaysia sendiri.
Timbalan Presiden Institut Percukaian Bertauliah, Soh Lian Seng berkata setiap negara menumpukan kepada item yang berbeza untuk dikenakan cukai, contohnya China, yang mengenakan cukai barangan mewah ke atas barangan seperti kosmetik, beg dan minuman keras, Taiwan (kereta penumpang, jet peribadi, helikopter), Indonesia (kediaman mewah, pesawat, kenderaan bermotor), dan Korea Selatan seperti barangan kemas dan kamera.
"Oleh itu, apakah yang boleh ditakrifkan sebagai barangan mewah di Malaysia? Dari sudut pandangan pengamal cukai, saya boleh berkongsi dua senario, satu ialah cabaran sama ada barangan yang diimport akan tertakluk kepada duti import atau cukai jualan.
"Jika ya, maka ia bergantung pada kod sistem terharmoni (HS code). Menambah kod sedia ada atau kadar sedia ada untuk kelas-kelas barangan tertentu, mungkin ia tidak begitu mudah. Jadi, persoalannya di sini adakah keperluan itu akan memberi kesan kepada prosedur kastam semasa?" katanya.
Soh berkata dalam senario kedua pula, adakah kerajaan akan mempertimbangkan cukai barangan mewah untuk dikenakan dalam bentuk cukai jualan di peringkat peruncit?
Bermula 1 April, 2023, semua penjual berdaftar akan dikenakan cukai jualan berkadar rata 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang diimport ke Malaysia. Semua barang bercukai yang dikilang secara tempatan atau barang yang diimport ke Malaysia dari luar negara adalah tertakluk kepada cukai jualan.
"Peruncit dikehendaki mendaftar untuk cukai jualan ke atas LVG," katanya sambil menambah bahawa kerajaan telah mengenal pasti bahawa cukai mewah akan dikenakan ke atas item dengan nilai tertentu, contohnya, jam tangan mewah dan barangan fesyen.
Soh berkata industri juga menantikan petunjuk yang lebih jelas tentang cadangan cukai keuntungan modal mulai 2024.
Pada masa ini, cukai keuntungan modal Malaysia dikenakan kepada cukai keuntungan harta tanah (RPGT) atas keuntungan daripada pelupusan hartanah (mana-mana tanah yang terletak di Malaysia dan sebarang kepentingan, opsyen atau hak lain dalam atau ke atas tanah tersebut), termasuk saham dalam syarikat hartanah.
Che Nazli, bagaimanapun berkata, tiada cukai dua kali perlu dikenakan ke atas pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat.
"Bagi menangani lambakan saham tidak tersenarai syarikat sebelum tempoh penguatkuasaan, mungkin, kita harus membenarkan sebarang pelupusan atau laporan pelupusan saham tidak tersenarai atau pemerolehan saham tidak tersenarai sebelum 2023 untuk dipertimbangkan sebagai RPGT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Kerajaan masih mengkaji amalan terbaik cukai itu di negara lain dan bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia. - Foto Sinar Harian
Niaga AWANI: MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggalakkan syarikat tempatan untuk menjalinkan kerjasama pelaburan dengan syarikat dari Arab Saudi terutama dalam sektor perkhidmatan.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Arab Saudi mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
#NiagaAWANI
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Arab Saudi mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
#NiagaAWANI
Sesi latihan Terengganu FC tertutup, tanpa kehadiran penyokong
Susulan insiden yang menimpa dua pemain kebangsaan baru-baru ini, sesi latihan skuad Terengganu FC diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong.
Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
Calon PH nafi jentera kempen langgar peraturan pilihan raya
Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menafikan dakwaan beliau dan jentera parti melanggar peraturan pilihan raya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.