awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai kerajaan P. Pinang: Kerajaan negeri sedia kurangkan bayaran untuk kes tertentu

Bernama
Bernama
01/10/2019
21:13 MYT
Cukai kerajaan P. Pinang: Kerajaan negeri sedia kurangkan bayaran untuk kes tertentu
Jagdeep sebelum ini mengumumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menaikkan kadar cukai taksiran dianggarkan sehingga 30 peratus yang akan dinilai mengikut kategori hartanah bermula tahun hadapan. - Gambar hiasan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menimbangkan pengurangan kadar pembayaran cukai taksiran tahunan bagi pembayar yang mempunyai alasan munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jagdeep Singh Deo bagaimanapun berkata kadar pengurangan itu hanya akan dibuat sekiranya mendapat bantahan yang sah serta berpaksikan alasan munasabah selepas sesi pendengaran berhubung kenaikan cukai taksiran selesai dibuat.
"Saya tidak menyatakan bahawa ia terpakai untuk semua orang tetapi kepada mereka yang mempunyai sebab yang sah.
"Pada masa ini, kami sedang mengumpul bantahan dan tarikh rayuan yang akan berakhir pada 14 Okt ini," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat penilaian di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) di sini pada Selasa.
Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang dan Presiden PCCC, Datuk Seri Hong Yeam Wah.
Jagdeep berkata rayuan sehingga 14 Okt depan itu memberikan ruang masa yang mencukupi kepada pembayar cukai untuk melakukan prosedur yang perlu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pengurangan yang akan diberikan dan menegaskan ia hanya terpakai bagi kes-kes tertentu.
Jagdeep sebelum ini mengumumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menaikkan kadar cukai taksiran dianggarkan sehingga 30 peratus yang akan dinilai mengikut kategori hartanah bermula tahun hadapan.
Kenaikan itu dibuat berikutan kadar cukai taksiran sedia ada tidak disemak sejak 15 tahun lalu, selain peningkatan kos pengurusan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sementara itu, Hong berkata kenaikan cukai yang akan dikenakan kepada rakyat perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dengan mengambil kira serta mempertimbangkan nasib golongan B40 di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alasan munasabah
#B40
#Bantahan
#cukai
#cukai taksiran
#hartanah
#Hong Yeam Wah
#Jagdeep Singh Deo
#kerajaan negeri
#pengurangan kadar pembayaran
#pihak berkuasa tempatan
#pulau pinang
#rakyat
#sesi pendengaran
#tarikh rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan