awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai pintu tidak akan naik secara mendadak - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
13/11/2013
13:23 MYT
Cukai pintu tidak akan naik secara mendadak - Tengku Adnan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari Rabu memberi jaminan bahawa kadar baharu cukai pintu di sekitar ibu kota tidak akan dinaikkan secara mendadak.
Beliau juga menafikan dakwaan beberapa Anggota Parlimen pembangkang bahawa kadar baharu itu akan melonjak lebih 200 peratus berbanding kadar sekarang.
Katanya, keputusan berkenaan dengan kadar baharu itu belum muktamad dan notis penyelarasan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.
Kenaikan itu perlu memandangkan cukai pintu sudah tidak dinaikkan selama 21 tahun manakala harga hartanah di bandar raya ini telah melonjak tinggi dalam dua dekad ini, jelasnya.
"DBKL hanya ingin mendapatkan maklum balas daripada penduduk sama ada kadar yang dicadangkan itu boleh diterima ataupun tidak dan mereka dikehendaki menjawab maklum balas itu sebelum 16 Disember ini," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pencelahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang mendakwa ada penghuni di kawasan itu telah mengadu bahawa kadar baharu yang dijangka dilaksana Januari tahun depan, meningkat lebih 200 peratus.
Tengku Adnan berkata perbincangan juga akan dibuat untuk melihat sama ada akan melanjutkan tempoh mendapatkan maklum balas.
Sementara itu, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mendakwa kenaikan cukai pintu itu langsung tidak dimaklumkan kepada semua Anggota Parlimen terutamanya dari Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat belanjawan sebelum ini.
Nurul Izzah berkata kepada pemberita di lobi Parlimen bahawa DBKL sepatutnya menambah hasil pulangannya tanpa menaikkan cukai taksiran berkenaan.
Topic Berkaitan
#cukai pintu
#DBKL
#Tengku Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan