awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai RM37.6 juta: Anak Najib tarik balik permohonan gantung keputusan Mahkamah Tinggi

Bernama
Bernama
22/10/2021
08:48 MYT
Cukai RM37.6 juta: Anak Najib tarik balik permohonan gantung keputusan Mahkamah Tinggi
Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Mohd Nazifuddin dan bapanya, Najib untuk menangguhkan sementara pelaksanaan penghakiman terus yang diperoleh LHDN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Nazifuddin hari ini menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata penarikan balik permohonan tersebut berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan permohonan Mohd Nazifuddin untuk menggantung sementara pelaksanaan penghakiman terus diperoleh LHDN berhubung pembayaran cukai berkenaan.
"Pada prosiding pengurusan kes hari ini secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Rini Triany Muhamad Ali, mahkamah membenarkan permohonan kami untuk menarik balik permohonan yang difailkan pada 22 April lepas dengan kebebasan (untuk memfailkan semula permohonan) dan tanpa kos," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Prosiding itu turut disertai Peguam Hasil Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.
Pada 6 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Mohd Nazifuddin bagi menuntut tunggakan cukai berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Mohd Nazifuddin dan bapanya, Najib untuk menangguhkan sementara pelaksanaan penghakiman terus yang diperoleh LHDN sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Kedua-dua mereka menfailkan permohonan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 9 Sept lepas yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#anak Najib
#Mohd Nazifuddin
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan