awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Culik bayi: Tindakan tegas kepada hospital jika berlaku kecuaian

Bernama
Bernama
18/11/2016
13:55 MYT
Culik bayi: Tindakan tegas kepada hospital jika berlaku kecuaian
pihaknya juga sudah mengarahkan pengarah Hospital Tanah Merah untuk melihat dan mengenal pasti kelemahan yang ada dan memastikan segala langkah keselamatan telah dipatuhi. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah dan pegawai Hospital Tanah Merah, Kelantan sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan seorang bayi perempuan diculik semasa dalam jagaan mereka.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan terperinci masih dijalankan termasuk mengenal pasti kelemahan yang timbul walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditetapkan.
"Pihak kementerian akan memperketatkan lagi SOP membawa pulang bayi dari wad dalam usaha memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
"Sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan ini menunjukkan kelemahan dalam sistem di mana ia sudah berlaku tanpa disyaki oleh pegawai keselamatan dan pegawai kejururawatan yang bertugas," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Kepimpinan Wanita dan Jentera Pilihanraya (Wanita MIC) di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga sudah mengarahkan pengarah Hospital Tanah Merah untuk melihat dan mengenal pasti kelemahan yang ada dan memastikan segala langkah keselamatan telah dipatuhi.
"Kita akan siasat dan jika dapat dipastikan ada kecuaian di peringkat mereka, tindakan akan diambil.
"Bagaiamana orang luar boleh masuk, ambil bayi dan pergi,. Ini satu perkara yang kita perlu lihat secara keras dan pastikan ia tidak berlaku lagi," katanya.
Dalam kejadian Selasa lepas itu, bapa kepada bayi perempuan yang berusia lima hari itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya pada jam 9 malam selepas dia datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.
Susulan laporannya kepada pihak polis, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30-an tengah malam tadi di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Tanah Merah
#Kementerian Kesihatan
#S.Subramaniam
#Wanita MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan