awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi 58 pakaian dalam wanita, lelaki 'nafsu pelik' direman empat hari

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/06/2021
11:56 MYT
Curi 58 pakaian dalam wanita, lelaki 'nafsu pelik' direman empat hari
Suspek yang diiringi polis telah menunjukkan tempat dia menyimpan semua 'hasil' curian itu di bilik tidurnya, iaitu salah sebuah unit di kondominium yang sama dengan mangsa.
KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun selepas didapati melakukan perbuatan keji dan aneh, apabila mencuri 58 helai pakaian dalam wanita di sebuah kondominium, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, dari soal siasat didapati kegiatan itu dlakukan suspek hanya untuk memuaskan nafsu syahwatnya.
“Sebanyak 58 helai pakaian wanita pelbagai jenama dirampas serta sebatang kayu yang telah diubah suai untuk melakukan kegiatan itu.
“Suspek telah membuat pengakuan kepada suami mangsa dan menunjukkan lokasi pakaian dalam mangsa di lokasi yang sama,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Suspek yang diiringi polis telah menunjukkan tempat dia menyimpan semua 'hasil' curian itu di bilik tidurnya, iaitu salah sebuah unit di kondominium yang sama dengan mangsa.
Menurut mangsa yang berusia 35 tahun, suspek dipercayai merupakan individu sama yang melakukan perbuatan berkenaan sebelum ini apabila sering dilihat berlegar-legar di ruangan lif rumahnya.
Setakat ini, suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Mohamad Fakhruddin turut memberitahu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan pada 18 Jun lalu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#pakaian dalam
#ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#nafsu aneh
#curi pakaian dalam
#polis
#PDRM
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan