awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi gaji pekerja, empat suspek termasuk suami isteri ditahan

Bernama
Bernama
09/08/2023
06:44 MYT
Curi gaji pekerja, empat suspek termasuk suami isteri ditahan
Kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu direman tiga hari dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri warga tempatan dan dua lelaki warga asing ditahan polis Isnin lepas bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian wang tunai lebih RM200,000 dan 32 unit telefon bimbit milik syarikat memproses makanan di Pulau Indah, Klang dekat sini.
Ketua Polis Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan pada 4 Ogos daripada pembantu pengurus sumber manusia syarikat terbabit, mendakwa wang tunai serta telefon bimbit tersebut yang diletakkan dalam pejabat telah hilang, disyaki dicuri.
Katanya hasil siasatan mendapati sehari sebelum laporan dibuat, pengadu telah memasukkan wang itu ke dalam sampul-sampul surat untuk membuat bayaran gaji kepada pekerja dan menyimpannya di dalam almari sebelum pulang ke rumah.
"Pada 4 Ogos, jam lebih kurang 6 pagi, setelah sampai ke pejabat pengadu mendapati wang tunai itu bersama 32 unit telefon bimbit telah tiada dan syarikat pengadu mengalami kerugian sebanyak RM220,000.
Cha berkata kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Beliau berkata keempat-empat suspek yang juga pekerja di syarikat itu ditahan tiga hari selepas laporan dibuat dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM110,680 serta 15 jenis barang kemas berserta resit pembelian.
Katanya kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu direman tiga hari dan kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi gaji pekerja
#syarikat memproses makanan
#Pulau Indah
#bayaran gaji kepada pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan