awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi kabel: Polis berkas Din Beringin

Bernama
Bernama
07/03/2024
06:46 MYT
Curi kabel: Polis berkas Din Beringin
Dengan tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes kecurian kabel di sekitar Kuala Lumpur. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai "Din Beringin" yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Jinjang Utara pada Ahad lepas setelah polis menerima laporan kes kecurian kabel sebuah loji di Taman Pelangi di sini pada 28 Feb lalu.
Beliau berkata dengan tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes kecurian kabel di sekitar Kuala Lumpur.
Menurutnya suspek bersama seorang lagi yang masih diburu dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos tahun lepas dengan menyasarkan kabel, besi tembaga dan aluminium di tapak projek dan perumahan.
"Hasil barang-barang yang dicuri akan dijual semula di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah dan mereka ini kebiasaannya sasarkan kabel yang masih bergulung dalam simpanan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Sukarno berkata polis menahan ketua kumpulan Geng Tatan pada Selasa lepas yang disyaki terlibat dalam enam kes ragut di sekitar Sentul.
Beliau berkata suspek yang direman empat hari hingga 9 Mac ini, bersama seorang lagi yang masih diburu menyasarkan pejalan kaki dan penunggang motosikal di kawasan perumahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Din Beringin
#Geng Tatan
#Curi Kabel
#Taman Pelangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan