Seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) antara 11 individu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian bernilai antara RM4 juta hingga RM6 juta bagi tahun 2016 dan Mac lepas.
Menurut sumber, kesemua suspek disyaki bersubahat dan terbabit mengemukakan 55 dokumen 'Maintenance Order' dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada syarikat telekomunikasi itu.
Menurutnya, kesemua dokumen itu dipercayai bertujuan untuk mengeluarkan kabel daripada gudang syarikat telekomunikasi berkenaan.
Sumber itu berkata pegawai TM berusia 40 tahun itu ditahan di Taman Puncak Utama, Kajang.
Turut ditahan tiga pemilik syarikat kontraktor, seorang subkontraktor, seorang bekas pekerja syarikat telekomunikasi, tiga bekas pemandu syarikat kontraktor, seorang ahli perniagaan dan seorang pengarah syarikat.
Menurut sumber itu, ahli perniagaan dan pengarah syarikat yang ditahan itu disyaki bersubahat dengan kakitangan TM dan menerima rasuah bagi membawa keluar 'drop fiber' milik syarikat telekomunikasi itu untuk dijual.
Tangkapan berkenaan dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Batu Caves, Damansara Damai dan Seri Kembangan di sini antara jam 2 petang dan 6.30 petang Rabu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan itu dan berkata kesemua suspek akan direman pada Khamis untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Datuk Simi Abd Ghani berkata kesemua suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan. - Gambar fail
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
SPRM tahan dua individu disyaki kemuka tuntutan bayaran palsu bernilai RM100,000
Sumber SPRM berkata kedua-dua mereka, seorang wanita dan seorang lelaki lingkungan 30-an ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.
Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup 17 baka ayam gajah dari Thailand
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam hidup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor.
Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
Dokumen kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis
Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
PasLeak: "Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak" - PM Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.
Laporan risikan: UMNO Kelantan desak Pas beri penjelasan, buat laporan polis
Badan Perhubungan UMNO Kelantan memohon penjelasan dari Pas berhubung isu pendedahan dari beberapa dokumen tular yang dikatakan tercatat di dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat.
Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
'Kerenah birokrasi sangat teruk'
Keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah.
Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.