AMPANG JAYA: Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, di sini dan rakannya dicekup polis selepas disyaki terlibat mencuri tabung di sebuah surau di Taman Keramat Permai, dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari seorang jemaah surau yang berusia 68 tahun apabila melihat tabung itu tertanggal dari kedudukan asal di bahagian ruangan solat wanita.
Katanya, jumlah kerugian dialami sebanyak RM30 dan pengadu kemudian tampil membuat laporan polis.
"Bertindak atas laporan itu, polis menahan dua lelaki tempatan yang berusia 13 dan 21 tahun kira-kira pukul 10 malam, di Jalan 6/10, Tasek Tambahan, Ampang Jaya.
"Siasatan mendapati suspek pertama masih lagi bersekolah dan seorang lagi suspek tidak bekerja," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mohamad Farouk menambah, polis turut dirampas sebuah motosikal Yamaha Lagenda dipercayai digunakan di tempat kejadian yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Modus operandi suspek adalah mensasarkan tabung duit derma dalam surau," ujarnya.
Beliau memberitahu, kedua-dua mereka direman empat hari bermula Ahad.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.
Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Sementara Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Umavathi Ramayah
Sun Aug 07 2022
Tangkap layar seorang pelajar tingkatan satu dan rakannya dipercayai mencuri tabung surau di Taman Keramat Permai, Ampang Jaya. - Gambar IPD Ampang Jaya
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pelajar sekolah dicekup curi tabung surau
Hasil siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah tabung masjid dan surau sejak bulan September lalu.
Curi wang tabung surau: Pelajar tingkatan satu dan rakan dicekup
Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan dan rakannya dicekup polis selepas disyaki terlibat mencuri tabung di sebuah surau di Taman Keramat Permai, Ampang Jaya.
Sempat jamah biskut selepas curi duit surau
Dua peti tabung dipecah itu tidak mempunyai wang hingga menyebabkan beberapa barangan di dalam surau digeledah pencuri.
Miliki tabung surau curi, penganggur didenda RM2,600
Seorang penganggur didenda RM2,600 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana memiliki harta curi iaitu sebuah tabung surau.
Polis tahan lelaki pakai jubah wanita curi wang tabung surau
Kejadian yang berlaku pada 16 Oktober itu disedari oleh seorang jemaah yang menemui beberapa keping pita pelekat yang diletakkan di atas meja.
Tiga lelaki curi duit tabung masjid dan surau ditahan
Polis menahan tiga lelaki geng curi duit tabung masjid dan surau di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Kepala Batas.