awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti pegawai, anggota tentera tidak dibekukan tetapi diperketatkan

Bernama
Bernama
21/04/2020
05:46 MYT
Cuti pegawai, anggota tentera tidak dibekukan tetapi diperketatkan
Ahmad Hasbullah turut menasihatkan pegawai dan anggotanya agar menjaga kesihatan bagi mengelak mereka dijangkiti COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI
Cuti pegawai dan anggota tentera tidak dibekukan namun pemberiannya diperketatkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata pihaknya masih memberikan cuti kepada pegawai dan anggota yang bertugas terutama jika ia melibatkan hal-hal kebajikan mereka terutama yang melibatkan kematian ahli keluarga anggota.
"Kebenaran bercuti akan diberikan berdasarkan kes-kes yang berlaku ke atas pemohon," katanya selepas melawat lokasi Op Penawar di bawah Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Kelapan Infantri (8 Briged) di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kok Lanas di sini, hari ini.
Hadir sama Panglima 2 Divisyen Mej Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima 8 Briged Brig Jen Zamsari Abu Hasan dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.
Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah turut menasihatkan pegawai dan anggotanya agar menjaga kesihatan bagi mengelak mereka dijangkiti COVID-19.
"Kalau ada pegawai dan anggota tentera dah terkena jangkitan COVID-19 saya terpaksa laksanakan sekatan pergerakan satu kem. Itulah seriusnya jika ada pegawai atau anggota tentera dijangkiti," katanya.
Beliau turut berharap agar pegawai dan anggota yang ditugaskan dalam operasi mengawal sempadan negara dan Op Penawar dapat melaksanakan tugas dengan baik terutama pada bulan Ramadan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi
#coronavirus
#COVID-19
#keluarga
#kesihatan
#koronavirus
#operasi
#Panglima Tentera Darat
#polis
#Ramadan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan