MALAYSIA
Dadah bernilai lebih RM4 juta ditemukan dalam kereta di Gerik

Dadah bernilai lebih RM4 juta ditemukan dalam kereta di Gerik. - fotoBERNAMA
IPOH: Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4, 667, 850 dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik pada 6 Jun lepas.
Ringkasan AI
- Polis Perak menemui dadah seberat 123.2 kg bernilai RM4.67 juta dalam sebuah SUV Honda HRV yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik pada 6 Jun lalu.
- Rampasan melibatkan 82.8 kg methamphetamine dan 40.4 kg ketamin, menjadikannya antara rampasan dadah terbesar di Perak tahun ini, dengan anggaran cukup untuk 350,000 penagih.
- Kereta tersebut didapati sebagai kereta klon dan tiada pemandu atau penumpang ditemui; kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menemukan 80 peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 82.8kg serta 39 peket lutsinar dadah jenis ketamin seberat 40.4kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.
Noor Hisam bagaimanapun berkata polis tidak menemukan pemandu atau penumpang, dan kereta itu didapati kereta klon berdasarkan pemeriksaan nombor enjin.
Beliau berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan bagi kegunaan dianggarkan 350,000 penagih.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami