GEORGE TOWN: Pemandu ambulans dan penghantar makanan antara 62 individu ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan pada awal pagi hingga petang Isnin di sekitar negeri ini.
Antara kawasan yang digempur ialah Sungai Nibong, Bandar Baru Air Itam; Pulau Tikus, Tanjung Tokong dan sekitar bandar ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pemandu ambulans yang berusia 53 tahun dan penghantar makanan berusia 39 tahun itu ditahan di parkir bas kilang di Paya Terubong.
Menurut beliau, kedua-duanya ditahan ketika sedang membeli bekalan daripada seorang pembekal dadah yang turut ditahan dalam operasi sama.
"Operasi bermula pada jam 12.30 tengah malam sehingga 3 petang Isnin dengan jumlah tangkapan 62 orang termasuk tiga wanita. Selain itu, daripada jumlah itu, lapan adalah tokan jalanan.
"Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan antara 21 hingga 60 tahun dan kebanyakan mereka telah ditahan lebih daripada sekali," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pada Isnin.
Beliau menjelaskan, polis merampas 400.38 gram heroin, 16.68 gram syabu dan 0.67 gram ketamin bernilai RM15,770.
"Dalam operasi ini, terdapat insiden mengejar dan pergelutan antara suspek dan polis di dua lokasi iaitu Paya Terubong dan Batu Ferringhi. Bagaimanapun, mereka berjaya ditahan tanpa kejadian tidak diingini.
"Daripada kesemua yang ditahan itu, lapan tangkapan melibatkan pembekal, 27 tangkapan kerana memiliki dadah dan 27 lagi kerana positif dadah (penagih)," katanya.
Mustafa berkata, dalam 27 Op Sarang yang dijalankan sejak Januari hingga Isnin bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu, pihaknya berjaya menahan 480 penagih dadah tegar.
"Bagi operasi pencegahan penyalahgunaan dadah yang lain, kita menahan 6,597 orang iaitu 1,723 pembekal dadah, 3,594 memiliki dadah dan penagih tegar, 1,280.
"Kesemua ini ditahan sejak awal tahun ini sehingga Isnin. Kita akan sentiasa menjalankan operasi ini secara berterusan untuk menghapuskan dan membersihkan kawasan berisiko tinggi daripada aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Nov 08 2021
Mustafa (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam Op Sarang yang dijalankan pada tengah malam hingga petang Isnin. - Foto Sinar Harian
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu kereta malam tadi.
Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang
Kesemua individu yang berusia 31 hingga 54 tahun itu kebanyakannya petani, menganggur dan bekerja sendiri.
Dadah: Pemandu ambulans, penghantar makanan ditahan
Kedua-duanya ditahan ketika sedang membeli bekalan daripada seorang pembekal dadah yang turut ditahan dalam operasi sama.
50 penagih dadah ditahan dalam Op Sarang
Seramai 50 individu disyaki penagih dadah ditahan polis dalam Op Sarang di tiga lokasi 'port' penagih di Kuala Lumpur.
Op Sarang: 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup
Seramai 58 individu termasuk 13 warga asing dicekup polis selepas didapati terlibat dengan pelbagai aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi Op Sarang.
Beri alasan nak jumpa kawan, tapi sebenarnya...
'Hendak jumpa kawan', itu antara helah seorang individu dipercayai penagih dadah sebaik ditahan polis dalam Op Sarang.