KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga anak autisme serta Orang Kurang Upaya (OKU) diseru mendaftarkan anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan intervensi awal untuk membantu perkembangan anak-anak tersebut dapat disalurkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata program tersebut menyediakan bantuan serta sokongan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan anak istimewa itu termasuklah dalam bidang pekerjaan.
Jelasnya, program itu juga memberi bantuan kepada ibu bapa dan penjaga seperti latihan serta pendedahan untuk menguruskan kehidupan anak-anak autisme.
"Intervensi awal amat penting untuk membantu perkembangan anak-anak ini dari aspek pertuturan, perlakuan dan sebagainya.
"Kerajaan menerusi kementerian ini (KPWKM) dan agensi di bawahnya banyak inisiatif dan bimbingan untuk ibu bapa dan penjaga seperti PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti)...jadi mereka dengan anak autisme mahupun OKU lain, berdaftarlah dengan JKM," katanya selepas melancarkan pameran Seni Kreatif Bernama sempena sambutan Hari Autisme Sedunia 2021 di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPWKM Dr Maziah Che Yusoff, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Negara Datuk Tom Abang Saufi, Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad.
Setakat ini, sebanyak 595,000 individu OKU berdaftar dengan JKM dengan 28,941 daripadanya adalah individu autisme.
Rina juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga khususnya pasangan muda untuk tidak berasa malu atau rendah diri jika mempunyai anak istimewa, sebaliknya meraikan serta mengetengahkan bakat anak-anak istimewa itu.
Mengenai pameran itu, Rina menyifatkan ia sebagai medium advokasi berkaitan OKU kepada masyarakat ke arah usaha pendayaupayaan dan pemerkasaan golongan itu di Malaysia.
"Pameran seni pada hari ini dapat mempromosi bakat dan kreativiti OKU Autisme kepada masyarakat selain meningkatkan kesedaran serta pemahaman masyarakat terhadap golongan ini," katanya.
Pameran seni yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini di lobi Wisma Bernama mengetengahkan lebih 10 karya seni dan lukisan oleh tujuh seniman autisme.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Rina berkata program tersebut menyediakan bantuan serta sokongan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan anak istimewa itu termasuklah dalam bidang pekerjaan. - Gambar fail/KPWKM
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.