KUCHING: Rakyat Sarawak kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing.
Menurutnya, bagi rakyat Sarawak yang tidak mempunyai aplikasi itu, mereka boleh menghubungi klinik kesihatan dan pejabat daerah berdekatan.
"Kami kini membuka pendaftaran vaksin COVID-19. Ada dua cara pertama boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau pergi ke klinik kesihatan dan pejabat daerah," katanya elepas melawat pusat operasi bagi COVID-19 di Kampung Sungai Maong dan Taman Univista yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pada Sabtu.
Selain itu, Uggah menasihatkan orang ramai agar tidak mendaftar menerusi pihak luar yang mendakwa membantu proses pendaftaran kerana dikhuatiri disalah guna.
Uggah turut menasihatkan penduduk di pedalaman agar berhubung dengan ketua kaum atau ketua masyarakat sekiranya memerlukan penjelasan lebih lanjut.
"Saya berharap semua rakyat Sarawak mendaftar untuk program vaksinasi ini yang dijangka bermula hujung bulan melibatkan tiga fasa.
"Program vaksinasi sangat penting dalam usaha kita melindungi diri kita serta menghentikan atau mengawal penyebaran jangkitan. Apabila kita dapat melindungi diri kita sendiri, kita juga dapat melindungi keluarga dan masyarakat kita sekali gus dapat kembali kepada rutin biasa kita,” katanya.
Beliau pada masa yang sama berharap rakyat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu di media sosial mengenai vaksin tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya ke dua bilik operasi berkenaan, Uggah menyifatkan operasi kawalan pergerakan dilakukan dengan baik.
"Kedua-dua, Residen Kuching dan Kota Samarahan, mereka sudah sangat berpengalaman dan masyarakat di kedua-dua tempat juga sangat bekerjasama. Satu yang menjadi kebimbangan kami ialah mengenai pengagihan makanan. Namun nampaknya ia juga dilakukan dengan baik," katanya.
Kira-kira 375 individu terdiri daripada 65 rumah dan 60 unit pangsapuri di Taman Univista menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula pada 17 Februari hingga 2 Mac.
Manakala di Kampung Sungai Maong, ia melibatkan kira-kira 829 orang terdiri daripada 182 keluarga.
Astro Awani
Sat Feb 20 2021
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing.
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.
8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.
Kertas Putih: Kerajaan terpaksa buat keputusan dasar muktamadkan perolehan vaksin COVID-19
Pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.
Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.