SEREMBAN: Mendakwa akan berlaku kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lalu antara punca Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah yang dipimpin Habib Shah Firdaus Habih Ahmad diarahkan ditutup oleh pihak berkuasa.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, berdasarkan maklumat dipercayai separuh daripada 300 pengikut Habib Shah Firdaus Habih Ahmad yang berada di Arab Saudi sejak Mac lalu sudah pulang ke Malaysia selepas mendapati tiada apa-apa berlaku pada hari Arafah.
"Mereka kemudiannya datang dan membuat laporan kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Bagaimanapun, pemimpinnya (Habib Shah Firdaus Habih Ahmad) masih berada di sana.
"...Dan dipercayai juga baki pengikutnya ada yang tidak dapat pulang (Malaysia) kerana kehabisan wang dan ada yang tidak mahu pulang," katanya pada Sabtu.
Mohd Yusof berkata, selepas peristiwa besar itu tidak berlaku, Habib Shah Firdaus bersama pengikutnya yang masih tinggal di situ menunggu pula tarikh 10 Muharam bagi menantikan peristiwa sama.
"Saya turut difahamkan ada ahli tarekat lain yang bukan di bawah pimpinannya ketika mengerjakan haji baru-baru ini, ternampak Habib Shah Firdaus malah memujuknya untuk pulang ke Malaysia, namun dia enggan malah berkeras untuk terus berada di sana," katanya.
Jelas Mohd Yusof, dalam tempoh enam bulan ini, pihaknya akan membuat siasatan dan pihaknya juga ada berhubung dengan pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, sebab pihak konsulat pasti tahu di mana dia berada.
"Saya yakin kerajaan jika mahu tahan dia pun boleh iaitu hasil kerjasama dengan pihak berkuasa di sana, tetapi setakat ini kami masih tunggu dan melihat apa yang dia mahu buat pada 10 Muharam (8 Ogos) ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusof berkata, perkara lain yang menyebabkan pengikutnya hilang kepercayaan semasa di Arab Saudi adalah amalannya yang melakukan tiga kali sujud ketika solat dengan sujud yang terakhir dia dikatakan mengucup sejadah.
“Selepas sujud dua kali, sepatutnya kita bangun, tetapi dia sujud sekali lagi sebelum mengucup sejadah, itu diberitahu oleh pengikutnya yang telah pun tidak bersamanya lagi,” katanya.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, sebuah pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah di Labu di sini diarahkan tutup selama enam bulan susulan terdapat aduan mengenai perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syarak.
Penutupan pusat itu dibuat agar siasatan lanjut dapat dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan sama ada membatalkan atau tidak pendaftaran tarekat tersebut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 06 2022

Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah yang diarahkan tutup selama enam bulan. -Foto Sinar Harian

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga dijangka kekal kukuh - Tengku Zafrul
Kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

AWANI Ringkas: Dengar saranan pihak kerajaan dan pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan kenyataan umum yang boleh memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal itu, semua kenyataan yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej Melaka.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 25 Okt
Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen bank melibatkan Goldman Sachs dan keluarga Zeti Akhtar.

Tarekat dakwa Imam Mahdi muncul di hari Arafah sedang dijejaki
Kumpulan itu membuat dakwaan yang meragukan seperti mendakwa akan berlaku kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lalu.

Dakwa Imam Mahdi muncul pada hari Arafah
Dipercayai separuh daripada 300 pengikut Habib Shah Firdaus Habih Ahmad yang berada di Arab Saudi sejak Mac lalu sudah pulang ke Malaysia selepas mendapati tiada apa-apa berlaku pada hari Arafah.

JAIPk kesan ajaran agama meragukan
Umat Islam di Perak dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengkaji latar belakang individu atau kumpulan agama.

Polis kenal pasti pemilik video dakwa kemunculan Imam Mahdi
Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan masih diteruskan meskipun video berkenaan sudah padam oleh pemilik akaun Facebook terbabit.

Polis siasat video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.

JAIM tahan 29 pengikut Al Ansar Imam Mahdi, disyaki amal fahaman Syiah
JAIM menahan lebih 29 pengikut kumpulan Al Ansar Imam Mahdi, termasuk ketua gerakan itu kerana disyaki mengamalkan fahaman Syiah.

JAIPk sedang kenal pasti lokasi kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi'
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang mengenal pasti lokasi sebuah kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi' yang didakwa berpusat di negeri ini.

Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.

Lelaki dipenjara 24 bulan, denda kerana isytihar diri Imam Mahdi
Mat Alimin Abdullah, 36, didakwa melakukan kesalahan tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.

KDN sedia bantu Jakim siasat lelaki mengaku Imam Mahdi - Ahmad Zahid
KDN bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku sebagai Imam Mahdi.