awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa pegawai ponteng, JPM minta tampil buat aduan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2022
23:15 MYT
Dakwa pegawai ponteng, JPM minta tampil buat aduan
Hantaran Facebook JPM pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta pemilik akaun media sosial yang mendakwa pegawainya ‘ponteng’ ketika berkunjung ke jabatan itu baru-baru ini untuk tampil mengemukakan aduan rasmi.
Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Unit Komunikasi Korporat JPM berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan berhubung perkara itu.
“JPM ingin merujuk kepada video TikTok tular bertajuk yang dipaparkan melalui akaun TikTok. Sehingga hari ini tiada sebarang aduan rasmi diterima oleh JPM mengenainya.
“Sehubungan itu pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM melalui emel [email protected] atau talian 03-88723430 dengan mengemukakan butiran lanjut kejadian di kaunter JPM seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.
“Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan,” katanya.
Tambahnya, JPM sentiasa komited dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Sejak Sabtu, tular sebuah video menggunakan akaun yang memaparkan seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika berurusan di beberapa kaunter kerajaan termasuk JPM.
Video berdurasi dua minit 51 saat itu mendapat reaksi pelbagai oleh pengguna media sosial. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Perdana Menteri
#pegawai ponteng
#TikTok
#Unit Komunikasi Korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan