IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas pengetua sebuah maahad tahfiz, Azizul Yahya, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan kes amang seksual dihadapinya sebelum ini.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memutuskan demikian selepas mendengar permohonan peguam Mohd Hafiz Jalaludin yang mewakili Azizul selepas permohonan sebelum ini ditolak di Mahkamah Sesyen di sini.
Pada 28 Januari lepas, Mahkamah Sesyen tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan peguam mewakili Azizul ketika itu Muhamad Shahrul Nizam Mohd Radi, memaklumkan pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Abdul Wahab turut mengenakan beberapa syarat ke atas Azizul, 30, termasuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah atau pihak polis, dan melapor diri ke balai polis terdekat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah sebelum setiap 3 hari bulan.
Beliau juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mendekati kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam semua pertuduhan yang dikenakan pada jarak satu kilometer.
Abdul Wahab berkata, jaminan yang diberikan akan terbatal dan tertuduh akan direman semula sekiranya melanggar syarat jaminan dan menetapkan 29 April sebagai tarikh sebutan semula kes.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fajrul Shihar Abu Samah, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hafiz Jalaludin.
Pada 28 Januari lepas, Azizul mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani di Mahkamah Sesyen.
Mengikut kertas pertuduhan, Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima pelajar berusia antara 13 dan 15 tahun manakala satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada mangsa yang sama.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah antara Februari sehingga Oktober 2021 mengikut Seksyen 14(a), 14(b), 14(d) dan 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Hakim memutuskan demikian selepas mendengar permohonan peguam Mohd Hafiz Jalaludin yang mewakili Azizul selepas permohonan sebelum ini ditolak di Mahkamah Sesyen. - Gambar hiasan
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan
Mohd Rafiee Abdullah, 27, yang berdepan tiga pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripada seorang sebabkan kecederaan - Saksi
Ia mungkin dilakukan oleh dua, tiga, empat, 10 atau lebih individu.
Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jurutera wanita didakwa guna jawatan dapatkan tender bernilai RM158,440
Didakwa guna jawatan bagi memberikan tender bernilai RM158,440 kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan kepada dirinya.
Beri pinjam wang tanpa lesen, ah long didenda RM10,000
Joseph Lau, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal lapor kes diberi suapan RM1,000
Tertuduh didakwa telah diberi suapan daripada seorang lelaki tempatan melalui pindahan wang secara dalam talian.