awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan anggota berpangkat Sarjan Mejar larikan isteri orang disiasat

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
26/11/2017
06:06 MYT
Dakwaan anggota berpangkat Sarjan Mejar larikan isteri orang disiasat
Datuk Gan Tian Kee berkata buat masa ini pihaknya telah menerima beberapa laporan polis oleh suami wanita tersebut. -Gambar fail
Polis Perak sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota berpangkat Sarjan Mejar yang didakwa mengganggu dan melarikan isteri orang yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata buat masa ini pihaknya telah menerima beberapa laporan polis oleh suami wanita tersebut.
“Hasil daripada semakan yang dibuat, kami juga ada menerima laporan polis daripada anggota berkenaan dan wanita yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, berdasarkan kajian dan siasatan awal yang dijalankan, pihak polis mengambil keputusan untuk melaksanakan siasatan dalaman terlebih dahulu atas dakwaan salah laku anggota polis tersebut.
Tambahnya, tindakan akan diambil oleh jabatan berkenaan sekiranya laporan itu terbukti benar.
“Polis akan meneruskan siasatan sekiranya terdapat keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, dakwaan seorang wanita dilarikan oleh anggota polis tular selepas suami kepada wanita tersebut meminta pertolongan orang ramai menerusi Facebook untuk menghubungi beliau sekiranya ternampak isterinya itu.
Topic Berkaitan
#Gan Tian Kee
#jenayah
#larikan isteri orang
#sarjan mejar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan