awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan hasil jualan kasut hitam ke Tabung Harapan adalah fitnah - Maszlee

Bernama
Bernama
20/07/2018
12:26 MYT
Dakwaan hasil jualan kasut hitam ke Tabung Harapan adalah fitnah - Maszlee
DR MASZLEE: Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali rakaman program Bicara Minda di Sinar Online.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa hasil jualan kasut hitam pelajar sekolah akan disalurkan kepada Tabung Harapan Negara.
Merujuk kepada sebuah poster yang tersebar di laman sosial, beliau berkata: "Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebar poster ini dan saya ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah fitnah.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali rakaman program Bicara Minda di Sinar Online," katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.
BACA: Pelaksanaan pemakaian kasut hitam tahun depan
Dalam poster yang memaparkan keratan berita sebuah portal dalam talian itu, Maszlee didakwa berkata kasut hitam murid sekolah hendaklah dibeli daripada jenama yang disyorkan kerajaan dengan 10 peratus daripada hasil jualan disumbangkan ke tabung itu bagi membantu mengurangkan beban hutang negara.
Semalam, Maszlee dalam program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan berkata kementerian akan membenarkan semua pelajar sekolah dan menengah untuk memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Maszlee Malik
#hasil jualan kasut
#kasut hitam
#Menteri Pendidikan
#pelajar sekolah
#Sinar Online
#Tabung Harapan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan