KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap rokok elektronik (vape) di Parlimen pada 19 September lalu.
Ikmal Hisham berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh dalam proses menyelidik insiden berkenaan.
Menurutnya, beliau telah menyerahkan memo penjelasan berkenaan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin di Parlimen pada jam 3 petang hari ini.
“Pada 21 September lalu, saya telah menerima satu surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta penjelasan mengenai kejadian menghisap vape di dalam dewan rakyat pada 19 September.
“Menerusi memo berkenaan, saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya tidak menghisap vape kerana saya bukan perokok. Ketika itu, saya hanya pegang sebatang pen yang diletakkan pada bibir secara spontan, namun telah disalahertikan.
"Saya juga memohon jasa baik Yang Berhormat Tan Sri Datuk Johari Abdul untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan membersihkan nama saya sebagai ahli Parlimen.
"Jika terbukti benar saya melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Tan Sri (Johari) boleh mengambil tindakan tegas dan hukuman paling berat mengikut peraturan Dewan Rakyat untuk dikenakan kepada saya,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila jurugambar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf memuat naik imej itu di laman sosial, X dengan keterangan ‘betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan’.
Rentetan itu, Ikmal Hisham memberitahu bahawa pihaknya telah menerima satu surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat pada 21 September lalu yang meminta penjelasan mengenai insiden berkenaan.
Ikmal Hisham berkata, dalam memo berkenaan juga beliau turut meminta Sadiq Asyraf untuk mengemukakan keseluruhan gambar yang telah diambil di dalam Parlimen.
“Mustahil sebagai seorang jurugambar, dia mengambil sekeping foto sahaja. Jadi adalah lebih baik jika dia mengemukakan kesemua gambar yang ambil bagi membuktikan sama ada benar atau tidak saya menghisap vape.
"Jika tuduhan dia (Sadiq Asyraf) itu tidak benar, maka saya mohon Speaker mengambil tindakan ke atasnya di bawah Peraturan Mesyuarat 98," tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

Ikmal Hisham (kanan) menyerahkan memo penjelasan kepada Nizam Mydin di Parlimen pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM
Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengakui terkejut dengan permohonan maaf yang dikemukakan jurugambar kepada Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf.

Dakwaan hisap vape: Jurugambar mohon maaf kepada Ikmal Hisham
Jurugambar Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap vape.

Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM
Tindakan itu adalah untuk pengajaran kepada jurugambar tersebut dan beliau sekali lagi menegaskan tidak menghisap vape malah tidak pernah menghisap rokok juga.

Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap vape di Parlimen.

Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat
Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.

Dewan Rakyat: Tujuh inisiatif baharu dirangka bantu veteran ATM - Ikmal Hisham
Kementerian Pertahanan sedang merangka tujuh inisiatif baharu bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Isu surat lantikan anak: Ikmal Hisham akui kesal
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akui kesal dengan tindakannya berhubung isu surat sokongan melantik anaknya menganggotai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.